Hari Jadi Mak .
Regarding my last post, My parents love me that's why they did so . I was just taken aback, nothing else .
Bangun pagi . Lewat , almost 11 am .
Dibangunkan oleh kakak . Cakap macam ni :
'Miera bangun . Kita makan tengahari dekat Hartz .'
(selalu tone untuk bangunkan saya keras, tapi pagi tadi biasa ja maybe cuz lepas tengok saya menangis malam tadi)
Saya pun bangun . Cuci muka dan gosok gigi . Keluar bilik pergi dapur buat air milo .
Baru nak masukkan milo ke dalam mug mak datang . Mak cakap :
'Jangan makan banyak . Nanti kita makan dekat Hartz .'
Saya buat muka 'Oh-okay' . Muka saya moody pagi tadi . Saya takda wish mak pun . Saya taktaw macam mana nak wish . Hati masih sebak dek menangis malam tadi . So muka takda happy pon . Sikit takda happy .
Walaupun dibagitahu makan dekat Hartz ( Makanan buffet sodap gila pastuh ada ice-cream vanilla suka hati ambik woo sapa taknak ) Pun tak ceria .
Lepas dah buat air, saya duduk dekat family room sama dengan mak dan kakak . Saya duduk bawah . atas tikar . Celup biskut dalam air milo .
Anda tahu biskut McVities ? Biskut tuh boleh bagi saya kenyang sekejap . Selalu saya makan 3-4 keping . Tapi pagi tadi 1 keping saja .
Semasa makan , mak borak-borak dengan kakak pasal cream-cream muka , moisturizers. Saya makan ja biskut takda tengok tv ka apa . Sebab takda mood . Then mak cakap :
'Mana resipi yang miera salin untuk buat cupcakes tuh ? Bagi mak kejap ,nak tengok bahan dia .'
Saya : ( takda cakap apa-apa terus cari buku resipi tersebut.)
Saya hairan . Emak mestilah sama hairan jugak tengok saya serba tak da mood . Macam takda semangat semacam .
Lepas habiskan sekeping biskut McVities tersebut, mak cakap:
'Pergi la mandi . Nanti abah balik dari sekolah kita terus jalan .'
Saya pun minum air milo tapi tak habis dan menuju ke dapur . Cuci-cuci . Mandi . Pakai baju .
Ingat nak pakai baju long sleeve biasa . Tapi saya jadi a little happy jadi saya pakai baju lain . Baju yang panjang-panjang saya panggil .
Jalan . Jalan . Menuju ke Hartz , Sarawak Plaza . Banyak kereta woo . Dekat-dekat situ ada Popular Tun Jugah . OHH Dalam hati sudah menyanyi riang sebab nak cari AMKNY 1&2 ( Aku Mahu Ke New York 1&2) Banyak sangat kereta tak jadi pergi Hartz . Sebab kalau cari parking masa akan terbuang, dah la abang ada kelas memandu pukul 2 . Abah cakap .
So in the end makan dekat Pizza Hut dekat Satok . Boleh la happy . :)
Saya makan satu piece saja ! Hooray ! Hairan. Sebab tak makan dua piece . Pelik .
Makan-makan mood dah baik . Boleh cakap-cakap sama orang lain .
Dah habis makan kami pun pulang .
~S|A|L|A|M~
Labels: happy, no mood